Senin, 03 November 2014

Serban dan Kopiah | Hukum menggunakan Sorban dan Kopiah

Kumpulan Cerita Islam (KCI) : Serban dan Kopiah | Hukum menggunakan Sorban dan Kopiah 

Abuya Dimyati Banten (Alm)
"Cintailah mereka yang meniru ajaran dan perilaku Rosululloh saw walaupun kita belum bisa melaksanakannya", karena suatu waktu kita mungkin dibisakan untuk menggunakannya.
Memakai serban (Sorban) dan kopiah adalah sebahagian daripada Sunnah Nabi, ini berdasarkan sabdanya:


Sabda Rasulullah SAW:

دخل النبي صلى الله عليه وسلم مكة يوم الفتح و عليه عمامة سوداء

Maksud: 
“Nabi SAW memasuki Kota Mekah sewaktu pembebasan Mekah, baginda memakai serban hitam”.

Pemakaian serban dan kopiah sudah sinonim dalam masyarakat Islam di seluruh dunia dan ia juga telah dijadikan amalan seharian masyarakat walaupun di luar urusan ibadah terhadap Allah. Justeru itu, adalah sukar bagi sesetengah individu untuk menukar pemakaian serban dan kopiah kepada pemakaian songkok seperti yang biasa dipakai oleh segelintir masyarakat Melayu.

Sheikh Muhammad Rasyid Ridho pernah ditanya adakah memakai serban itu sunnah rasulullah SAW dan adakah orang yang memakai serban itu mendapat pahala. Untuk menjawab soalan itu, beliau memberikan jawapan berikut :

Telah sabit dalam hadist bahawa Nabi SAW terkadang :
1. memakai serban di atas kopiah, dan inilah sering berlaku
2. memakai serban tanpa kopiah
3. memakai kopiah tanpa serban

Di akhir jawabannya, beliau berkata: Walaupun tidak ada datang perintah atau sumber hukum ( yang kuat ) supaya mewajibkan memakai serban atas dasar sebagai salah satu hukum agama dan syariat, tetapi barangsiapa yang memakainya dengan niat menyerupai cara Rasulullah SAW berpakaian dan sebagai tanda kasih kepada Baginda SAW, tentulah niat ini mendapat ganjaran pahala.”

Sabda Rasulullah SAW:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يلبس العمامة على القلانس

Maksud : 
“Sesungguhnya Rasulullah SAW memakai serban bersama kopiah”.

Imam Sayuti Rahimahullah berkata : “Apa yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa yang dipakai oleh Nabi SAW dan sahabat RA di bawah serban ialah al-Qalansuah atau kopiah. Kalimat Kopiah yang disebutkan pula menunjukkan bahawa ianya adalah lebih menyerupai sesuatu yang diperbuat dari jenis kain kapas dan bulu.

Al-Baihaqi pernah meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW memakai kopiah putih. Ini menjelaskan bahawa pemakaian kopiah juga adalah sunnah Rasulullah SAW.

Kesimpulannya, sesungguhnya menurut kajian para ahli dan pentahqiq hadith, tidak ada satu pun hadith yang sahih mahupun hassan mengenai KEUTAMAAN/KELEBIHAN memakai serban
melainkan disebut di dalam hadith-hadith bahawa Rasulullah memakainya. Dan sifat
hadith-hadith yang disebutkan di atas bertentangan dengan hadith mutawatir yang lain.

Pandangan Ulamak Terhadap Serban & Kopiah :

Firman Allah Taala dalam Surah Al-A’raf ayat 31
يٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا۟ وَاشْرَبُوا۟ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah ( atau mengerjakan sembahyang ) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu berlebuhan sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. 

Menurut Imam al-Mawardi, maksud berhias di dalam shalat ialah memakai secantik-cantik pakaian . Manakala menurut pendapat Imam Abu Hayyan, zahir ayat di atas menunjukkan bahawa berhias dengan secantik-secantik pakaian ( termasuklah memakai songkok dan berserban ) bukan sahaja dituntut di dalam shalat bahkan di luar waktu shalat ( setiap masa dan ketika ) .

Menurut Sheikh Mahmud Syaltut, ketika memberi jawapan kepada soalan berhubung dengan shalat tanpa serban, kopiah atau songkok di kepala, beliau berpendapat tidaklah menjadi syarat sah shalat dengan menutup kepala atau tidak dan tidak pula disyaratkan jikalau untuk menutup kepala mesti dengan penutup khas. Walaupun begitu, bagi seseorang Islam eloklah dia bershalat dengan memakai serban, kopiah atau songkok dengan syarat tidak menutup dahi ketika sujud.

Berdasarkan kepada hujah-hujah atau dalil-dalil di atas jelaslah bahawa pemakaian serban dan kopiah adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ia perlu dihayati setiap masa sama ada di dalam atau di luar solat. Di samping ianya menunjukkan ketaqwaan, kehebatan, kewibawaan, keilmuan si pemakainya. Walaupun terdapat kekadang segelintir masyarakat kita memandang serong atau berprasangka tidak baik dikalangan orang yang memakai kopiah atau serban , kerana ceteknya cara berfikir atau tiada kefahaman mengenainya.

Wallahu Ta'ala A'lam Bish Showab

0 komentar:

Posting Komentar

Copyright @ 2013 ilmu tentang islam.